Monday, January 4, 2010

Penduan Penyediaan Soalan

• Pensyarah perlu memahami konsep penilaian di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

• Setiap pensyarah atau kumpulan pensyarah yang di minta untuk menyediakan soalan perlu menyediakan soalan dan skema jawapan berpandukan kurikulum semasa yang diterima pakai oleh CITU daN sesuai untuk diuji masa dalam 02 jam sahaja.

• Setiap pensyarah atau kumpulan pensyarah perlu menyediakan set soalan yang lengkap iaitu mencukupi keperluan soalan bagi tiap-tiap kursus berserta skema yang lengkap dan jelas.

• Prosedur penyediaan soalan dan format kertas soalan peperiksaan akhir perlu dipatuhi oleh setiap pensyarah untuk menjamin kualiti soalan yartg disediakan.

• Bagi program Diploma dan Ijazah setiap kursus perlu mempunyai peratusan tahap kesukaran 4:4:2. Setiap set soalan terdiri daripada 40% soalan yang mudah (Aras Rendah iaitu yang menguji Ingatan), 40% soalan pertengahan (Aras Sederhana -kefahaman dan aplikasi) dan 20% soalan sukar (Aras Tinggi - analisis, sintesis dan penilaian).

• Soalan esei yang disediakan perlulah mempunyai beberapa pecahan mengikut tahap kesukaran seperti berikut: Mudah (10 markah). Sederhana (06 markah). Sukar (04 markah)

• Setiap pensyarah boleh merujuk kepada Bloom's taxonomy untuk menjadi panduan kata tanya yang bersesuaian.

• Penyediaan soalan perlu menentukan spesifikasi soalan yang akan dibentuk dengan kesesuaian misalnya bilangan yang menguji "ingatan, bilangan yang menguji "kemudian (skill)" dan bilangan (recal) yang menguji "penilaian (value)" bagi menguji tahap keupayaan pelajar berdasarkan objektif sukatan kursus.

• soalan yang disediakan perlu mengikut norma yang bersesuaian. Soalan objektif seratus peratus atau soalan definisi seratus peratus bagi program Diploma dan Ijazah tidak bersesuaian.